 |
| Ahli dalam talian |
|
We have 37 guests online |
| Siapa Dalam Talian? |
|
No Users Online |
| Pelawat Setakat Ini |
|
981423 Visitors |
| Pautan Pilihan |
Kuala Lumpur Hotels
HotelTravel.com – Diskaun Hotel setinggi 75% dengan jaminan kadar terendah. |
| Statistik Web |
OS: Linux s PHP: 4.4.6 MySQL: 4.1.22-standard Time: 08:26 Members: 156 Hits: 981423 News: 225 WebLinks: 13 |
|
| |
|
 |
Laman Induk
| SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK. |
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
|
|
|
KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Friday, 29 February 2008
PPD Gombak turut menyertai membuka Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu Anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2008 di Ruang Legar Kompleks Selayang Mall, Selayang. Kaunter PPD Gombak diketuai sendiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak sendiri, Puan Siti Norma binti Mohd. Yusof dan dibantu oleh Penolong-penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Encik Bhakhari bin Abd. Rahman, Encik Samsuki bin Sudin dan disertai oleh Puan Noor Azimah binti Othman, Ustaz Norazman bin Samid, Puan Zabaniah, Encik Walhazri bin Reduan dan Encik Almaz Fauzif bin Mohidin. Turut menyertai membuka kaunter ini adalah Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Dadah Kebangsaan, SYABAS, TNB, TMB, Alam Flora dan Perkeso. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK PENYELESAIAN MASALAH ANDA! |
| Last Updated (
Friday, 29 February 2008 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Friday, 29 February 2008
Semua Pegawai dan Staf berkampung selama 6 hari di Casa Rachado Resort, Port Dickson dari 25-29 Februari 2008. Program yang dibahagikan kepada 2 kumpulan itu, diketuai oleh Puan Hjh. Patifah binti Shamsuddin, bagi Kumpulan Pertama dan Encik Bhakhari bin Abd. Rahman bagi Kumpulan Kedua. Urusetia program ini ialah Unit Kualiti dan Dokumentasi yang diketuai oleh Encik Fatzlee bin Hashim. Gambar kelihatan peserta begitu tekun sekali menyiapkan Fail Meja masing-masing.
|
| Last Updated (
Monday, 03 March 2008 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Wednesday, 11 July 2007

Audit Pemantauan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd., sedang berlangsung dari 12 hingga 13 Julai 2007 di Bilik Mesyuarat, PPD Gombak. Puan Fauziah binti Sulaiman, Juruaudit Kanan mewakili SIRIM dalam audit kali ini. Semoga Pengiktirafan Persijilan MS-ISO 9001:2000 dapat dikekalkan. |
| Last Updated (
Wednesday, 11 July 2007 ) |
|
|
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Wednesday, 11 July 2007

 
Tanggal 5 dan 6 Julai 2007 berlangsungnya Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, di Hotel Empress, Salak Tinggi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Puan Siti Norma binti Mohd. Yusof. Semua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan 25 orang pegawai lain turut hadir dalam mesyuarat ini. |
| Last Updated (
Thursday, 12 July 2007 ) |
|
|
MESYUARAT SEMAKAN DOKUMAN KUALITI
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Wednesday, 20 June 2007
 
Seramai 33 orang Pegawai dan Staf Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, mengikuti Mesyuarat Semakan Dokumen Kualiti untuk persediaan menghadapi Audit Susulan dari pihak SIRIM. Mesyuarat ini diketuai oleh Puan Patifah binti Shamsuddin mewakili MR diadakan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. |
| Last Updated (
Wednesday, 11 July 2007 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Thursday, 12 July 2007
Encik Ahmad Fadli bin Abd. Aziz, Penolong Kaunselor Gred DG41, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bertukar ke Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya berkuatkuasa 1 Julai 2007.
Encik Johari bin Harun, Pegawai Perhubungan Awam dan Aduan Gred DG41, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bertukar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya berkuatkuasa 1 Julai 2007. |
| Last Updated (
Thursday, 12 July 2007 ) |
|
|
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH GOMBAK
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Tuesday, 12 June 2007
Sambutan Hari Guru Tahun 2007 Peringkat Daerah Gombak diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, pada 12 Jun 2007. |
|
|
KEJOHANAN TENPIN BOLING SEMPENA HARI GURU
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Sunday, 10 June 2007
Gambar : Kelihatan Juara Kejohanan, Pasukan PPD A, menerima hadiah dari Puan Hanim binti Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Selangor.
Sempena Sambutan Hari Guru 2007, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling. Kejohanan ini disertai oleh 22 Pasukan yang terdiri dari sekolah-sekolah dalam Daerah Gombak. PPD Gombak menghantar 3 Pasukan. Kejohanan ini diadakan di Selayang Mall pada 9 Jun 2007 yang lalu. Puan Siti Norma binti Yusof, PPD Gombak dan Puan Hanim binti Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Selangor turut hadir.
Juara Kejohanan ini ialah Pasukan PPD A, diikuti Tempat Kedua, Pasukan PPD B, Tempat Ketiga, Pasukan SK Batu Arang, Tempat Keempat, Pasukan SMK Taman Selayang, Tempat Kelima Pasukan SM Teknik Sungai Buluh. Pemain Terbaik Kejohanan: 1. Encik Azhar bin Ahmad (PPD) - 543 jatuhan pin. 2. Encik Faisal bin Selamat (PPD) - 532 jatuhan pin. 3. Encik Ramli bin Baharudin(SK Batu Arang) - 518 jatuhan pin.
Jatuhan Pin Tertinggi : Encik Ismail bin Muhamad (SMK Sg. Pusu) - 218 jatuhan pin.
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada peserta lain, cuba lagi di kejohanan akan datang. |
| Last Updated (
Sunday, 10 June 2007 ) |
|
|
PUAN SITI NORMA, PPD GOMBAK YANG BARU
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Sunday, 10 June 2007
Puan Siti Norma binti Yusof, Pengetua SMK Bukit Rahman Putra, telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Gombak menggantikan Puan Hanim binti Ibrahim yang bertukar sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Tahniah kepada Puan Siti Norma binti Yusof, semoga PPD Gombak terus cemerlang dibawah teraju Puan. Gombak Maju!. |
| Last Updated (
Monday, 11 June 2007 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Sunday, 10 June 2007
Seluruh warga Pejabat Pelajaran Daerah Gombak khasnya dan warga pendidik Daerah Gombak amnya mengucapkan tahniah kepada Puan Hanim binti Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Gombak kerana dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Jun 2007. Semoga Puan Hanim dapat meneruskan tugas baru dengan cemerlang. |
| Last Updated (
Sunday, 10 June 2007 ) |
|
|
MAKLUMAN PERTUKARAN MASUK
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Wednesday, 13 June 2007
1. Puan Noor Azimah binti Othman, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, Guru SK Taman Desa, Gombak ditukarkan sebagai Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran Gred DG41 di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak berkuatkuasa 16 Mei 2007.
2. Encik Johari bin Harun, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, Guru SK Taman Selayang 2, Gombak ditukarkan sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan Aduan Gred DG41 di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak berkuatkuasa 16 Mei 2007.
Tahniah! Semoga dengan pertukaran ini akan memantapkan lagi perjalanan PPD Gombak. |
| Last Updated (
Thursday, 12 July 2007 ) |
|
|
SELAMAT DATANG PENGARAH JPN SELANGOR YANG BARU
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Monday, 04 June 2007
| Seluruh Warga Pejabat Pelajaran Daerah Gombak mengalu-alukan kedatangan Datin Hamidah binti Nordin sebagai Pengarah Pelajaran Selangor mulai 1 Mei 2007. Semoga Yang Berbahagia Datin Pengarah dapat meneruskan kegemilangan Jabatan Pelajaran Selangor. | | |
| Last Updated (
Sunday, 10 June 2007 ) |
|
|
TAHNIAH! SK BUKIT RAHMAN PUTRA
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Saturday, 19 May 2007
Semua Pegawai dan Staf Pejabat Pelajaran Daerah Gombak ingin mengucapkan Tahniah kepada Semua Warga SK Bukit Rahman Putra atas Penganugerahan "Sekolah Harapan Negara" Kategori Sekolah Rendah (Luar Bandar) sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007. Tahniah Sekali Lagi. |
| Last Updated (
Sunday, 10 June 2007 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Sunday, 29 April 2007
Puan Hjh. Nagedah binti Saleh, Penyelia Petang Gred DGA32, SK Taman Melawati (2,x-ace is a legend), ditukarkan sebagai Penyelia ICT dan Data Gred DG32A, PPD Gombak, berkuatkuasa mulai 16 April 2007. |
| Last Updated (
Thursday, 24 April 2008 ) |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Thursday, 29 March 2007
Puan Che Junainah binti Abd. Rahman, Penolong Kanan, Gred DGA32, SK Taman Melawati 2, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar, Gred DGA34, SK Taman Seri Gombak 2 berkuatkuasa 16 Mac 2007. Semoga Puan Che Junainah dapat menabur bakti di tempat yang baru. |
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Thursday, 29 March 2007
Puan Hajah Rokiah binti Muhamad, Pengelola Kanan Gred DGA34, Unit Menengah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, bertukar masuk ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak sebagai Penyelia HEM Gred DGA34, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak berkuatkuasa 16 Mac 2007. Selamat Datang diucapkan kepada Puan Hajah Rokiah, semoga dapat bertugas dengan cemerlang. |
| Last Updated (
Thursday, 29 March 2007 ) |
|
|
TAKLIMAT DAN PEMAKLUMAN PENEMPATAN (GSST)
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Tuesday, 20 March 2007
Taklimat dan Pemakluman Penempatan Guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) Bil.4/2007.
Guru-guru Siswazah Sandaran Terlatih (GSST) yang ditempatkan di Negeri Selangor. (kecuali opsyen Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas) dikehendaki menghadiri taklimat di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 29 Mac 2007 (Khamis)
Tempat : Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam
Masa : 8.30 pagi (pendaftaran)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Menengah, JPN Selangor pada talian 03-5518 6108 |
| Last Updated (
Tuesday, 20 March 2007 ) |
|
|
BERITA KEMATIAN MANTAN KPPM
|
|
Written by Ahmad Hasnal bin Haji Abdullah
|
|
|
|
Sunday, 11 March 2007
Dukacita dimaklumkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Datuk Abd. Rafie bin Mahat telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2007, pukul 10.00 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahiran beliau di Bukit Baru, Melaka. Allahyarham banyak berjasa kepada seluruh warga Pelajaran dan negara amnya. Allahyarham juga adalah mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dan mantan Pengarah Bahagian dan mantan Pengarah beberapa Negeri. Seluruh warga Pelajaran Gombak mengucapkan Takziah kepada Puan Sri Fathillah bt. Haji Ishak sekeluarga. Semoga Rohnya di cucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah. |
| Last Updated (
Sunday, 11 March 2007 ) |
|
|
SEKOLAH BESTARI - KOMITMEN KERAJAAN DITERUSKAN
|
|
Written by Sajoli
|
|
|
|
Sunday, 28 January 2007
13 May 2005 From Utusan Malaysia. |
| Last Updated (
Sunday, 28 January 2007 ) |
|
Read more...
|
|
|
|
|
 |
|